
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang ahli jawatankuasa hak asasi manusia yang merupakan pensyarah jurusan perbandingan fikah di institut tinggi kehakiman Arab Saudi, Abdul Aziz al-Fauzan menyerang golongan Takfiri sambil menyifatkan mereka sebagai 'anjing neraka'. Menurut laporan berita Al-Sharq Al-Sa'udiyah beliau mendedahkan bahawa golongan ini telah meluaskan kerosakan di muka bumi dan menjadi alat pihak musuh untuk memporak perandakan rantau tersebut sedangkan golongan ulama pula perlu bangkit menghadapi mereka.
Al-Fawzan berkata di dalam laman sosial Twitternya, "Golongan Takfiri dan Tafjir (pengebom) menyebarkan kerosakan di muka bumi... Hari ini dua pemuda Tunisia berusia kurang dari 20 tahun meletupkan diri mereka, salah seorangnya di depan hotel, dan satu lagi di depan perkuburan Bourguiba."
Tambahnya lagi, "Alangkah besarnya kegembiraan pihak musuh dengan jemaah penggganas takfiri ini, berapa banyak ia menghuru harakan kestabilan kita, meruntuhkan keamanan, menodai reputasi dan agama kita, dan masuk campur dalam urusan kita."
Beliau turut meminta para tokoh agama mengambil pendirian tegas dalam menghadapi golongan Takfiri sambil mengingatkan para ulama sepatutnya menghindari kejahilan yang boleh 'memperjudikan nasib umat Islam hari ini dan masa depannya'.
"Sampai bila lagi harus berdiam diri terhadap mereka yang jahil, dan penjenayah yang memperjudikan nasib umat hari ini, masa depan mereka dan kedudukannya. Hakikatnya mereka menghuru harakan keamanan kita, membahayakan para pemuda kita sedangkan mereka menyangka perbuatan mereka adalah baik," jelas beliau.
Sambil menceritakan perintah Rasulullah (s.a.w) tentang memerangi Khawarij, beliau menyifatkan golongan ini sebagai 'anjing neraka', seburuk-buruk makhluk dan sejahat-jahat orang di permukaan langit. Mereka juga tidak akan berhenti memerangi umat sehingga keluar Dajjal bersama mereka.
Sambil menyentuh tentang serangan jaringan pengganas al-Qaeda sebelum ini, beliau berkata, "Seandainya mereka berhasrat membantu umat, cukuplah dengan kejahatan mereka dan janganlah turut campur, ini disebabkan perbuatan mengundang dan membela kuasa asing untuk masuk campur yang menjadi salah satu kezaliman al-Qaeda.
Beliau juga menceritakan tentang fakta-fakta anggota jemaah militan Takfiri, sokongan kewangan dan pemikiran dari pihak Wahabi Saudi yang melakukan aktiviti mereka di Syria, Iraq serta Yaman sebagai 'Jihad dan memerangi golongan kuffar serta musyrikin' sedangkan yang menjadi sasaran ialah penduduk awam, termasuklah kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak bersalah."